Terima
kasih sudi menulis dan memberi pandangan
Tulis buku tamu
Lihat buku tamu
|
|

Sudut Informasi
Pertukaran Guru Besar Selamat Datang Puan Fatimah dari SK P. HJ Taib
Sejarah dan Perkembangannya.
Dari bandar Bagan Serai lebih kurang 1 3/4
batu menuju ke utara melalui Jalan Selama sampailah ke Kampung Matang
Jelutong. Di kampung inilah mulanya dibuka sekolah Melayu pada 6hb. Januari,
1952. Murid-murid yang datang belajar di sekolah ini pada mulanya berasal
dari Kampung Matang Jelutong, Sungai Semambu, Parit Tuan Bridge, Matang
Merbau, Jalan Selama dan Kampung Tebok Aliat.
Kemudian 6hb. Ogos, 1979 bangunan
baharu Sekolah Kebangsaan Matang Jelutong, Bagan Serai, mulai digunakan
sehingga sekarang. Tanah tapak sekolah tersebut di Kampung Sungai Semambu,
Bagan Serai, Perak. Jauh dari bandar Bagan Serai lebih kurang 5 km.
Tarikh sekolah dan bangunan ini didirikan:-
1. Tahun 1946 |
- Sekolah Agama Rakyat Matang Jelutong. |
2. 6.1.1952 |
- Sekolah Melayu Matang Jelutong. |
3. 4.10.1957 |
- Sekolah Melayu (Sekolah Umum Matang Jelutong) surat
perjanjian Tanah, untuk tapak bangunan sekolah tersebut. |
4. |
- Kemudian sebuah bangunan Sekolah Umum Matang
Jelutong dibuat. |
5. 20.11.1957 |
- Bangunan baru Sekolah Umum Matang Jelutong siap
dibuat dan penerimaan kuncinya. -Bangunan lama sekolah Umum Matang
Jelutong di tapak tanah Tuan Haji Mohd Taib bin Abd. Rashid
dipindahkan ke tanah tapak yang baharu, tanah Haji Din bin Haji Taib. |
6. 5.1.1958 |
- Sekolah Umum Matang Jelutong yang baharu mulai
dibuka dan belajar seperti biasa, begitu juga bangunan sekolah lama. |
7. Tahun 1961 |
- Sebuah Rumah Guru kelas 10 didirikan oleh Jabatan
Pelajaran Perak, Ipoh. K.P.No.1217. |
8. Tahun 1969 |
- Sebuah Balai Raya Matang Jelutong dipinjam oleh Sek.
Keb. Matang Jelutong, dijadikan sekolah tempat murid belajar. |
9. Tahun 1970 |
- Sekolah Kebangsaan Matang Jelutong mendapat paip air
untuk kegunaan murid-murid dan sekolah. |
10. 5.7.1979 |
- Bangunan baharu ( Bangunan Kekal) Sek. Keb. Matang
Jelutong, siap dibina dan penerimaan kuncinya. |
11. 6.8.1979 |
- Bangunan baharu (Bangunan Kekal Sek. Keb. Matang
Jelutong mulai digunakan untuk tempat murid-murid belajar berharga RM
160,000. -Sekolah Kebangsaan Matang Jelutong, bangunan yang lama
masih lagi digunakan sehingga sekarang. |
12. Tahun 1989 |
- Sebuah bangunan ditambah. |
13. Tahun 2000 |
- Sebuah bangunan 2 bilik darjah ditambah bagi
menampung keramaian murid. |
14. Tahun 2002 |
-Sebuah makmal komputer telah dibina. -5 Blok rumah
guru dengan 96 pintu didirikan dibahagian belakang sekolah ini. |
15. Tahun 2003 |
- Pagar sekolah diganti dengan pagar baru. |
WEBMASTER
matangjelutong@lycos.com |