Sek Keb Matang Jelutong

05/25/06 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN YANG KE 48

Home
Kata - kata aluan
Visi dan Misi
Organisasi
UPSR
Gambar di pejabat
Merdeka
Hari Warga SKMJ
Kurikulum
HEM
Ko-Kurikulum

 
Hit Counter
Bilangan Pengunjung

Album Gambar SKMJ

Pautan

 

Terima kasih sudi menulis dan memberi pandangan

Tulis buku tamu

Lihat buku tamu

Sudut Informasi

Bersama Memartabatkan Sekolah Anda

(Terkini)

Pertukaran Guru Besar

Selamat Datang Puan Fatimah dari SK P. HJ Taib

Sejarah dan Perkembangannya.

   Dari bandar Bagan Serai lebih kurang 1 3/4 batu menuju ke utara melalui Jalan Selama sampailah ke Kampung Matang Jelutong. Di kampung inilah mulanya dibuka sekolah Melayu pada 6hb. Januari, 1952. Murid-murid yang datang belajar di sekolah ini pada mulanya berasal dari Kampung Matang Jelutong, Sungai Semambu, Parit Tuan Bridge, Matang Merbau, Jalan Selama dan Kampung Tebok Aliat.

    Kemudian 6hb. Ogos, 1979 bangunan baharu Sekolah Kebangsaan Matang Jelutong, Bagan Serai, mulai digunakan sehingga sekarang. Tanah tapak sekolah tersebut di Kampung Sungai Semambu, Bagan Serai, Perak. Jauh dari bandar Bagan Serai lebih kurang 5 km. 

Tarikh sekolah dan bangunan ini didirikan:-

1.  Tahun 1946 - Sekolah Agama Rakyat Matang Jelutong.
2.  6.1.1952 - Sekolah Melayu Matang Jelutong.
3.  4.10.1957 - Sekolah Melayu (Sekolah Umum Matang Jelutong) surat perjanjian Tanah, untuk tapak bangunan sekolah tersebut.
4. - Kemudian sebuah bangunan Sekolah Umum Matang Jelutong dibuat.
5.  20.11.1957 - Bangunan baru Sekolah Umum Matang Jelutong siap dibuat dan penerimaan kuncinya.

-Bangunan lama sekolah Umum Matang Jelutong di tapak tanah Tuan Haji Mohd Taib bin Abd. Rashid dipindahkan ke tanah tapak yang baharu, tanah Haji Din bin Haji Taib.

6.  5.1.1958 - Sekolah Umum Matang Jelutong yang baharu mulai dibuka dan belajar seperti biasa, begitu juga bangunan sekolah lama.
7.  Tahun 1961 - Sebuah Rumah Guru kelas 10 didirikan oleh Jabatan Pelajaran Perak, Ipoh. K.P.No.1217.
8.  Tahun 1969 - Sebuah Balai Raya Matang Jelutong dipinjam oleh Sek. Keb. Matang Jelutong, dijadikan sekolah tempat murid belajar.
9.  Tahun 1970 - Sekolah Kebangsaan Matang Jelutong mendapat paip air untuk kegunaan murid-murid dan sekolah.
10. 5.7.1979 - Bangunan baharu ( Bangunan Kekal) Sek. Keb. Matang Jelutong, siap dibina dan penerimaan kuncinya.
11. 6.8.1979 - Bangunan baharu (Bangunan Kekal Sek. Keb. Matang Jelutong mulai digunakan untuk tempat murid-murid belajar berharga RM 160,000.

-Sekolah Kebangsaan Matang Jelutong, bangunan yang lama masih lagi digunakan sehingga sekarang.

12. Tahun 1989 - Sebuah bangunan ditambah.
13. Tahun 2000 - Sebuah bangunan 2 bilik darjah ditambah bagi menampung keramaian murid.
14. Tahun 2002 -Sebuah makmal komputer telah dibina.

-5 Blok rumah guru dengan 96 pintu didirikan dibahagian belakang sekolah ini.

15. Tahun 2003 - Pagar sekolah diganti dengan pagar baru.

WEBMASTER

matangjelutong@lycos.com 

Home | Kata - kata aluan | Visi dan Misi | Organisasi | UPSR | Gambar di pejabat | Merdeka | Hari Warga SKMJ | Kurikulum | HEM | Ko-Kurikulum

This site was last updated 05/25/06